Hello geng!
Nama aku Fahmi Reza. Aku seorang pereka grafik dari KL yang banyak hasilkan poster-poster grafik tentang isu-isu politik di Malaysia sejak tahun 2001.
Selama 20 tahun aku dah design beratus-ratus poster grafik tentang pelbagai isu sosial dan politik tempatan, dan hasilkan design untuk kempen advokasi NGO hak asasi manusia tempatan seperti SUARAM, Pusat KOMAS, Bersih 2.0, Bar Council dan Amnesty International Malaysia.
Aku pernah kena tangkap polis sebanyak 7 kali pada tahun 2004, 2012, 2016 (dua kali), 2021 (dua kali) dan 2022 kerana poster-poster grafik aku yang mengkritik dan melawan korupsi pemerintah. Pada tahun 2016 aku pernah didakwa di mahkamah dan dijatuhkan hukuman denda dan penjara kerana poster grafik aku yang mengkritik korupsi PM Najib Razak dalam skandal 1MDB. Tahun lalu (2021) aku dipanggil polis untuk disoalsiasat sebanyak 9 kali kerana karya grafik aku. Tahun ini aku sudah ditangkap polis 1 kali, disoalsiasat polis 2 kali, dan didakwa di mahkamah sebanyak 2 kali atas tuduhan "menyakitkan hati orang lain". Walaupun ditekan berkali-kali, aku terus komited untuk gabungkan seni grafik, aktivisme dan politik untuk bersama-sama gerakan rakyat untuk perubahan sosial.
Sejak tahun 2009, aku lebih aktif berkongsi poster-poster grafik aku tentang isu-isu semasa di media sosial hampir setiap hari. Kalau korang follow aku di Facebook, Twitter atau Instagram dan nak support aku untuk terus hasilkan dan kongsikan komentar politik berbentuk grafik aku di sana setiap hari, korang boleh buy me a teh o ais!
Terima kasih!
Fahmi Reza
Recent supporters

JRiz bought 10 teh o ais.
Teruskan perjuangan! Lebihkan kontroversi satira

Someone bought 5 teh o ais.

Someone bought 2 teh o ais.

Someone bought a teh o ais.

Someone bought 5 teh o ais.