China: Day 17 Mendaki ke puncak Duku Hig ...

China: Day 17 Mendaki ke puncak Duku Highway

Aug 31, 2026

Pagi-pagi kami bangun awal dan terus kayuh ke restoren. Haha takde maknanya nak masak sebab semangat berkobar-kobar nak mendaki. Sampai ke kedai makan tengok menu wow harga mahal dari biasa! Adatlah dekat tourist area harga naik double dari biasa tapi masih affordable la.

saya amik nasi dan lauk daging sayur manakala Giacomo makan manti sahaja. Tu pun 10 ketul dia makan sorang! Lepas sarapan kami stock air dalam water bottle masing-masing. Kami tak beria sangat bawak air sebab ada banyak check point untuk dapatkan air. Lagipun nak mendaki ni lebih baik stay light.

Laluan Duku Highway dibuka kepada traffic dari jam 8am ke 8pm. Kami start kayuh dalam jam 830am masa ni traffic masih kurang. Tapi lepas sejam pergh kereta menderu-deru. Tak banyak shoulder space buat kami tapi kebanyakan kereta pelancong beri laluan selamat ketika memotong kami. Cuma tour car dan bus mini driver kadang2 memotong dengan sangat dekat dan laju.

Half way mendaki kami stop untuk early lunch. Kami makan belalan makanan kami aje. Masa ni kereta dah start banyak dan mula beratur! Haha tak pernah saya kayuh di highway yang slow traffic macam ni. View setakat mendaki ke 3000m memang nice dengan pemandangan gunung dan rumput hijau.

disebakan kereta bergerak slow mudah sikit kami nak mendaki. Banyak local yang beri support, jajan dan air pada kami. Dalam jam 1pm kami sampai ke puncak. Kami tukar baju di puncak mengantikan baju yang basah berpeluh. Lepas ni downhill better dengan dry cloth so tak sejuk. Siap2 pkai windbreaker dan kami set up light depan belakang sebab kena cross tunnel untuk ke other side puncak. Wah traffic slow disebabkan kereta nak cross tunnel!

Di puncak ada massive rest area dengan restaurant dan orang berjualan. Kami hanya stop untuk tolet break dan bergerak turun. Sepanjang perjalanan memang cantik tapi traffic terlalu sibuk. Susah untuk kami enjoy the view bila mata focus kepada jalan. Kereta memotong dengan sangat laju dan kadang2 traffic dari depan datang dalam dua line disebabkan mereka memotong sesama mereka! Kami yang tak ada bahu jalan ni tak tau nak lompat ke mana!

At one point saya cakap pda Giacomo ehy dont we stop dekat any rest area, masak dan makan then rest sehingga jam 7pm sebab masa ni polis dah start kosongkan jalan. Sunset jam 10pm so kami akan ada lebih kurang 2 jam untuk downhill tanpa kereta.

Plan kami menjadi by time 8pm dah tak ada traffic dan kami downhill dengan senang hati.

dalam jam 10 pm kami stop di salah satu rest area. Masa sampi tu owner kedai dan kawan2nya kagum tengok basikal Giacomo. Siap amik gambar lagi. Bila kami cakap kami nak camp owner kedai cakap tidur aje dekat living area hotel. Haha kami on aje tak payah nak bukak tent sebab plan kami

Esok awal2 pagi dalam jam 6am nak start kayuh sebelum traffic mula sesak.

image

image

image

image

Enjoy this post?

Buy VioletBiru a coffee

More from VioletBiru