Pagi ni bangun dengan bunyi hujan rintik-rintik dekat tent. Kalau ikut weather forecast memang hari ni akan hujan tapi takdelah lebat. Just renyai-renyai aje. Then telefon saya berbunyi ada mesej dari Sk lah. Kawan dia call pagi ni dan polis kata Duku Highway start di buka hari ini.
Wah terus kami pack-pack barang dan sedia untuk kayuh ke Xorma, starting point Duku Highway. Tapi sebelum tu kami breakfast dulu. Saya breakfast nasi san lauk telur dimasak dengan tomato. Breakfast berat sikit sebab tahu hari ni nak push tak boleh leha leha sangat. Waktu tu pun dah jam 11am bila kami start kayuh.
View semakin mendekati Tian Shan mauntain semakin memukau. Kami mendaki dari elevation 1400m ke 2400m. Tapi easy climb. Traffic semakin banyak mungkin disebabkan ramai berpusu-pusu menuju ke Duku Highway.
Kami stop selepas 50km disebabkan hujan mula turun dengan lebat. Kebetulan ada resort kami park basikal di luar dan mintak izin duduk di area lobi. Sambil tu beli air botol kopi sebab mata dah start mengantuk. Hotel2 area sini semua dah makin mahal. Makanan pun dah makin mahal jadi plan kami malam ni masak apa yang kami ada aje nanti. Bila hujan berhenti kami sambung kayuh sehingga tiba di Xorma dalam jam 6 petang.
Waktu ni dah banyak kereta yang turun dan polis mula mengawal kereta yang nak lalu ke Duku Highway. Duku Highway ditutup selepas jam 7 petang. Kami shoping barang basah untuk di masak dengan magie kari. Sambil tu ramai yang stop dan borak dengan Giacomo. Biasalah disebabkan dia putih ramai yang berminat nak tahu pasal dia hehe.
Kami masak magie dan makan dinner di atas jambatan menghadap sungai. Sunset dekat sini jam 10 malam jadi kami enjoy matahari sambil masak dinner. Best dekat Xorma ni kitaorang dah boleh camp merata sebab ramai juga local yabg camp jadi kami menyelit juga. Kami camp betul2 dekat last check point sebelum mendaki esok. Plan dia bangun awal dan sarapan kemudian sambung mendaki 24km to the top!





